Barclays Premier League bermula lagi untuk tahun 2014/2015.Pastinya saingan bertambah sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru yang mewakili pasukan masing-masing.Perlawanan pertama pada 16 Ogos 2014 yang akan berlangsung akan dirasmikan oleh pasukan PALING HEBAT iaitu Manchester United yang akan melayan kunjungan Angsa Laut ( Swansea ) di gelanggang keramat OLD TRAFFORD.
Maka akan bermulalah seisi kutuk mengutuk,maki memaki di laman sosial FB,Twitter dll bagi penyokong pasukan-pasukan yang terlibat.Masing-masing mempunyai pasukan favourite, dan taknak kalah dengan pasukan lain walaupun tahu pasukan yang disokong tidak hebat...hahahaha...maka hidup lah mereka ini dengan sejarah dan kenangan lalu...hahahaha ( ketawa lagi ).Tapi tu semua menambah keseronokan dan kemeriahan...bagi yang berjiwa kental dan telingan tebal...kalo rasa hati selembut tisu dan telinga nipis baik elakkan dari terjebak dengan semua ini...hahaha..
Kalau zaman dok rumah bujang dulu, cakap je game pukul berapa sanggup bangun pergi kedai mamak semata-mata nak tengok game bola sepak walaupun esoknya hari bekerja. Sebabnya ade seorang penyokong tegar yang akan kejutkan aku tidur.Nak harapkan aku bangun sendiri memang tak bangun la...Lagi-lagi bila perlawanan tu,pasukan yang disokong kalah...haishhhh..rasa menyesal pun ade pegi tengok...Tapi jiwa kental, lain kali tengok gak lagi sebab kalo menang leh la bahan member yang kalah tu...kehkehkeh..
Fantasy Premier League.....game ni sangat popular bila musim baru tiba.Masing-masing menyiapkan pasukan untuk memperoleh mata yang tinggi.Kira macam Pengurus pasukan di alam maya gitu dengan disertai dari umat seluruh dunia.Kalo dapat ranking no 1 dapat hadiah ( tapi memang takde harapan la aku nk dapat no 1 tu....kahkahkah ).Paling hebat pun no ratus ribu nak ke juta....hahaha...
......Perlawanan untuk minggu ini.....
....Pengurus sedang menyiapkan Pasukan....
Mudah-mudahan sebagai Pengurus 2014/2015 ni, aku berjaya menjuarai Liga.Setelah tewas disaat akhir pada tahun lepas...kahkahkah...Sikitttttt lagi nak juara tapi tak juara gak..Jadi tahun ni aku akan terus berjuang dan berjuang untuk merebut kejuaraan tersebut...Bagi rakan-rakan yang menyertai M.A.Q.I.S League tu, siap-siap la....aku nak bahan korang....HAhahahahahaha.....


No comments:
Post a Comment