Tuesday, August 12, 2014

U- Turn


9 Ogos 2014 untuk kedua kalinya aku tewas di lebuhraya karak...

Ceritanya begini...

10 Ogos 2014 adalah tarikh pernikahan seorang rakan yang diadakan disebelah pihak perempuan di Temerloh, Pahang.Jadi setelah perbincangan dengan rakan-rakan yang lain maka kami memutuskan untuk bertolak dari Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2014 jam 10.30 malam.


...ini la Kapchai aku...

Tepat jam 10.00 malam aku sudah pun sampai di RV ( Shell sebelom tol Gombak )bersama seorang lagi rakan yang berbadan katang yang kebetulan lalu bersebelahan di highway MRR2 dengan menaiki motosikal Versibunya. ( aku naik kapchai ja ).Seorang demi seorang rakan sampai tapi terpaksa menunggu seorang lagi rakan yang lewat akibat sembelit katanya.Bila rakan yang sembelit tu sampai kami terus bersiap-siap untuk memulakan perjalanan.

*** gambar hak milik Mear Biaggi
 
...Abam Katang & Versibunya...
 


Jam di tangan menunjukkan pukul 10.40 dan perjalanan dimulakan dengan rakan yang sembelit memimpin perjalanan tersebut.Setelah 20 minit perjalanan kami berhenti di hentian rehat untuk mengisi minyak disamping rakan yang menaiki Versibu mengambil kesempatan untuk ke tandas.Selepas itu perjalanan diteruskan.

Keadaan jalan ketika itu boleh dikatakan agak sibuk jadi tunggangan kami semuanya agak santai kecuali 2 orang yang mempamirkan kehebatan menunggang motosikal di selekoh-selekoh highway karak.Sekelip mata mereka telah hilang dari pandangan.

Di sinilah kisah aku bermula....

Setelah masing-masing mula meningkatkan kelajuan, aku pun turut serta mengekori dari belakang jika tidak maka tertinggalah aku keseorangan dalam kegelapan.Selekoh demi selekoh kami lalui,tiba di tol Karak aku dapati ada sesuatu yang tidak kene pada motor aku. Tapi aku berfikiran positif, mungkin mainan perasaan. Setalah beberapa kilometer aku merasakan motor semakin hilang kelajuan. Dari 120 kmj terus menurun kepada 90 kmj,dalam hati "ah,sudah..buat hal pulak motor ni "..

Kebetulan rakan yang menaiki motosikal berkuasa besar Versibu perasan aku semakin ketinggalan. Beliau memperlahankan motosikalnya dan bertanyakan apa masalah yang berlaku. Dengan pengalaman aku menunggang motosikal ini selama 5 tahun, jadi aku tau apa masalah yang berlaku. Motosikal Suzuki Belang menggunakan karburator yang menggunakan system vakum.Jadi masalah yang berlaku sekarang ialah Diaphramnya yang sudah kembang ataupun bocor.


....ini lah bendanya yang dinamakan Diaphram...

Kami berhenti di tepi jalan, setelah berbincang aku memutuskan untuk berpatah balik kerana meneruskan perjalanan dengan kelajuan 80-90 kmj untuk ke Temerloh amat menyeksakan.Bermakna ini kali kedua aku melalui jalan ini dan terpaksa berpatah balik... Hahahaha...yang pertama tahun lepas moto aku jem...

 
...suka suki sebelom jem...haha...

 
Perjalanan berpatah balik ke rumah di Shah Alam pun diteruskan dengan kelajuan 80kmj di laluan rata dan 50kmj mendaki bukit....huhuhu...setelah 2 jam lebih menunggang akhirnya aku selamat sampai ke rumah dengan punggong yang kebas.....Adakah akan ada kali ke-3 ? tunggu ride yang akan datang....hahahaha

 
*** gambar hak milik Mear Biaggi
 
...Selamat Pengantin Baru Shamim & Isteri....


Monday, August 11, 2014

Kegilaan EPL telah bermula

Barclays Premier League bermula lagi untuk tahun 2014/2015.Pastinya saingan bertambah sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru yang mewakili pasukan masing-masing.Perlawanan pertama pada 16 Ogos 2014 yang akan berlangsung akan dirasmikan oleh pasukan PALING HEBAT iaitu Manchester United yang akan melayan kunjungan Angsa Laut ( Swansea ) di gelanggang keramat OLD TRAFFORD.
 
Maka akan bermulalah seisi kutuk mengutuk,maki memaki di laman sosial FB,Twitter dll bagi penyokong pasukan-pasukan yang terlibat.Masing-masing mempunyai pasukan favourite, dan taknak kalah dengan pasukan lain walaupun tahu pasukan yang disokong tidak hebat...hahahaha...maka hidup lah mereka ini dengan sejarah dan kenangan lalu...hahahaha ( ketawa lagi ).Tapi tu semua menambah keseronokan dan kemeriahan...bagi yang berjiwa kental dan telingan tebal...kalo rasa hati selembut tisu dan telinga nipis baik elakkan dari terjebak dengan semua ini...hahaha..
 
Kalau zaman dok rumah bujang dulu, cakap je game pukul berapa sanggup bangun pergi kedai mamak semata-mata nak tengok game bola sepak walaupun esoknya hari bekerja. Sebabnya ade seorang penyokong tegar yang akan kejutkan aku tidur.Nak harapkan aku bangun sendiri memang tak bangun la...Lagi-lagi bila perlawanan tu,pasukan yang disokong kalah...haishhhh..rasa menyesal pun ade pegi tengok...Tapi jiwa kental, lain kali tengok gak lagi sebab kalo menang leh la bahan member yang kalah tu...kehkehkeh..
 
Fantasy Premier League.....game ni sangat popular bila musim baru tiba.Masing-masing menyiapkan pasukan untuk memperoleh mata yang tinggi.Kira macam Pengurus pasukan di alam maya gitu dengan disertai dari umat seluruh dunia.Kalo dapat ranking no 1 dapat hadiah ( tapi memang takde harapan la aku nk dapat no 1 tu....kahkahkah ).Paling hebat pun no ratus ribu nak ke juta....hahaha...
 
 
......Perlawanan untuk minggu ini.....
 
 
....Pengurus sedang menyiapkan Pasukan....
 
Mudah-mudahan sebagai Pengurus 2014/2015 ni, aku berjaya menjuarai Liga.Setelah tewas disaat akhir pada tahun lepas...kahkahkah...Sikitttttt lagi nak juara tapi tak juara gak..Jadi tahun ni aku akan terus berjuang dan berjuang untuk merebut kejuaraan tersebut...Bagi rakan-rakan yang menyertai M.A.Q.I.S League tu, siap-siap la....aku nak bahan korang....HAhahahahahaha.....